Bangun! Bangun! – Karpuravalli/Cuban Oregano (remedi Batuk, Asthma dan tambah ASI)

Beberapa hari lepas Aleen letak gambar kat bawah ni

1046919_10151878795399596_682613055_oSerious nama daun ni Bangun-Bangun. Memula komen cakap Lemon Balm (Melissa officinalis). Ntah la otak kadang input terlalu cepat – sebab dia sebut “coughing” so otak automatik mesti kata Lemon Balm tak tahu kenapa hahaha Tapi rupanya Plectranthus amboinicus, yang once identified as Coleus amboinicus. Memang itu sahaja cara untuk nak bezakan herba ni. Nak tak nak kena ingat nama botani. Ye ye susah nak ingat berbelit nak menyebut.

Sila makan lebih sayur untuk elak brain fog ye hahaha

Nama melayu herba ni Daun Bangun-Bangun. Tapi orang jawa panggil daun kutjing. Please dont confuse with daun kumis kutjing pulak
hahaha tu daun MISAI kucing ok.

Well known English names are Cuban Oregano or Spanish thyme

Mengikut tulisan blogger Iskandar dari tanamsendiri.com : Pokok Bangun-bangun (Plectranthus amboinicus) perlu dipangkas selalu untuk menghasilkan tanaman yang subur. Kalau dibiarkan tanpa dituai pokok akan menjadi terlalu tinggi dan renggeh.

Daun Bangun enak dibuat teh. Ia perlu dikeringkan tanpa terkena cahaya matahari secara terus. Jika terkena, teh akan mempunyai rasa seperti daun terbakar. Rasanya kurang enak. Untuk teh bangun-bangun yang enak rasanya, ikut langkah berikut.

1. Basuh daun bangun-bangun dan lapkan dengan tisu atau kain bersih untuk kurangkan jumlah air. Jangan hiris daun.
2. Susun di dalam bekas yang mempunyai laluan udara seperti bakul dalam gambar. Susun satu lapis sahaja.
Susun daun satu lapisan sahaja.
3. Tutup daun dengan satu lapisan kertas suratkhabar atau kertas yang tidak glossy yang mudah mnyerap air.
Tutup dengan kertas untuk mengelakkan daun terkena sinar matahari yang terik.
4. Jemur di tempat panas selama 4 hari atau sehingga daun kering.
5. Simpan dalam bekas kedap air.

Untuk bancuh teh, ikut langkah berikut.

1. Rebus air hingga mendidih.
2. Tuangkan air panas ke dalam kole.
3. Letakkan satu atau dua helai teh bangun bangun.
4. Kacau hingga warna bertukar kekuningan (sama seperti warna teh biasa).
5. Jika inginkan teh yang manis, tambahkan gula secukup rasa dan larutkan.
6. Hidangkan dengan segera.

KEGUNAAN HERBA DAN UBAT

http://mrkumai.blogspot.com/2012/11/info-tani-pokok-herba-bangun-bangun.html

Biasanya orang akan ambil sebagai remedi untuk batuk dan sakit kerongkong. Cukup dikenali sebagai ekspektoran yang berkesan. Kaedah yang paling mudah adalah dengan mengunyah daun. Anda juga boleh membuat teh dengan mendidihkan daun dalam air (di Caribbean, mereka menambah madu untuk teh ini). Atau anda boleh tumbuk lumat daun dan gaul dengan sedikit air.
Untuk hidung tersumbat ramas daun, dan hidunya
Untuk bisa gigitan serangga dan keadaan kulit seperti ekzema tumbuk daunya, dan kemudian buat cepu sebagai tuam.
Kelemumur. Basuh rambut dengan air rendaman daun ini
Teh yang dibuat dari daun bangun-bangun juga digunakan di banyak tempat di dunia, dari Caribbean ke India, untuk merawat:

  • bronkitis
  • asma
  • selesema, keadaan jangkitan virus lain
  • Senak, kembung, kekejangan perut, ketidakhadaman
  • insomnia
  • Sakit (sakit Kepala, sakit haid, sakit rheumatoid)

Di sesetengah tempat di Indonesia, herba ini digunakan dalam hidangan yang diberikan kepada ibu-ibu yang baru untuk membantu meningkatkan ASI atau susu ibu.


Fullscreen capture 2392013 104536 AM.bmp

Fullscreen capture 2392013 100144 AM.bmp

Daun Bangun2

Sumber : Indonesia Medan Food Blog

Sup Torbangun (Masakan Batak untuk tambah Asi )
Bumbu :
10 bawang merah
4 bawang putih
6 buah keras
1 sudu makan ketumbar
1 sudu lada putih

Bahan-Bahan lain:
3 Asam keping
1 limau nipis
1/2 kg ayam kampung, potong kecil (atau 1/2 ekor ayam)
2litre santan
5 ikat daun bangun-bangun, ditumbuk , tinggal 300 gr
1 sdm Sichuan pepper

Cuci bersih daun bangun-bangun dan toskan
Tumbuk kemudian perah airnya (airnya dibuang) ulangi proses ini sebanyak dua kali (jika tidak suka rasa pahit, atau hanya sekali saja jika menyukai rasa khas daun bangun-bangun ini. Kehalusan daun sesuaikan selera. Ketepikan
Sangrai semua bumbu, kemudian haluskan (dengan blender atau digiling), kecuali asam keping
Masak santan dengan bumbu, asam potong dan potongan ayam kampung sampai, ayam masak.
Sejukkan
Masukkan campuran santan kedalam sayur bangun-bangun. Tuangkan perlahan sambil diaduk hingga merata, rasakan rasa garam dan asamnya, tambahkan jus limau nipis dan garam secukupnya
Siap untuk disajikan

Sumber :

Resipi Rasam (Masakan Ayurveda)
Bahan-bahan
15 helai Daun Karpuravalli
1 biji Tomato
1/4 cawan Tomato puri
Asam jawa – 1/2 sudu teh
1 sudu besar Rasam serbuk
1/4 cawan kacang dhal kuning yang kecil (Toor Dhal) yang telah masak empuk
Sedikit daun ketumbar dan daun kari
Asafoetida atau serbuk Inggu
Garam secukup rasa

Tumis darat:
1 biji Cili merah
Biji sawi – 1/2 sudu teh
Biji jintan putih – 1/4 sudu teh
Lada serbuk – 1/2 sudu teh
Ghee – 1/2 sudu teh
Kaedah memasak:
Dalam periuk masukkan 2 cawan air, asam jawa, tomato puri dan garam, serbuk inggu dan serbuk rasam dan rebus selama 10 minit.

Kisar campuran tomato dan daun bangun-bangun menjadi pes halus dan tambah campuran ke dalam rasam yang sudah mendidih.

Biarkan sehingga bau mentah hilang dalam kurang 5 minit, kemudian tambah kacang dhal yang telah dimasak empuk dan dan biarkan ia mendidih selama 5 minit.

Manakala minyak sapi dalam kuali panas untuk menumis darat biji sawi, jintan putih, serbuk lada dan cili merah dan tambah kepada rasam. Hidangkan dengan nasi panas

BAGUS UNTUK ANTI FUNGAL DAN ECZEMA SERTA MENGELAK KANSER 

In vivo study of the anti-inflammatory and antitumor activities of leaves from Plectranthus amboinicus (Lour.) Spreng (Lamiaceae)
Conclusion : The results suggest that the hydroalcoholic extract of P. amboinicus possesses anti-inflammatory and antitumor activities, supporting the folk use of this medicinal specie.

59253

Maka selepas beberapa hari membuat sedikit pembacaan dan berforum, ternyata daun Bangun-Bangun banyak sungguh khasiatnya. Mungkin dalam posting yang berikutnya I akan bentangkan maklumat tentang daun Selasih atau dalam bahasa tamilnya Thulasi atau Tulsi and in english Holy Basil.

594122

Daun selasih mak saya memang cantik dan memang kalau makan laksa johor KENA ADA …ada bunga unggu di atasnya 😉

gambar daun selasih hijau

Remedi Sakit Telinga

ACV

I still have ear infections daripada kecik.
Sakit. Annoying.
Nothing works until I jumpa Apple Cider Vinegar
or ACV like we holistic naturalist mommies junkies suka call it

Yang busuk tu jugaklah yang menjadi remedi kan.
Aaaawgosh dia punya busuk memang tak boleh tahan.
But it’s the only thing that works so nasib la busuk ke tak busuk ke
And some people sanggup bathe anak demam in a solution of it

BUT HEY IT WORKS!
busuk pun busuk la kan
Two immunologist kat the Malaysian Society of Immunology Workshop last week pun cakap yang busuk semuanya bagus for health…
tempoyak la
budu la
kimchi la
I guess because of the fermentation that produces good bacteria kan?

So what I do, is letak ACV sikit dalam container yang bersih, celup cottonbud and swipe dalam telinga.
Pedih. OK. This is totally something different on the tak-tahan scale

But biasanya a day after that, my earache subsides and I feel comfortable balik

I use to think benda sakit telinga ni keturunan, Turns out, it can be a sign I need to do chelation sebab I suspect I’m experiencing melcury toxicity from my amalgam dental fillings (tampalan gigi) so it creates problems like yeast infection or candida inside me and leads to ear infection.

wah…suddenly I sound like an AEFI victim no? 😉
*AEFI – Adverse Effects from Immunisation

 d843508e223511e3917022000ae9141e_7