Resipi Pan Mee (板 麺 Ban Mian) Soup

Apa itu Pan Mee?

Pan Mee (板 麺, disebut Ban Mian) adalah masakan mi gaya Hakka, yang berasal dari Malaysia.
Yes, Malaysia truly Asia hehehe
Kalau terjemahkan sebiji-biji namanya dari bahasa cina ia bermakna “mi yang rata diperbuat dari tepung”
Ia adalah sebahagian daripada masakan masyarakat Cina di Malaysia.

Doh mee diperbuat daripada tepung (kadang-kadang ditambah telur dan minyak bawang putih untuk rasa yang lebih sedap). Secara tradisinya, doh itu diuli dengan tangan dan dikoyak menjadi kepingan lebih kecil doh (kira-kira 2 inci). Kini, doh boleh diuli menggunakan mesin ke dalam pelbagai bentuk, bentuk yang paling biasa ialah jalur panjang seperti pasta Tagliatelle. Pan Mee biasanya dihindangkan dengan sup, bersama-sama dengan ikan bilis goreng, daging cincang, cendawan, dan sayur-sayuran berdaun seperti daun keledek atau sayur cekur manis (sauropus androgynus). Lawannya pula adalah sambal belacan. Rasa pelik tapi kalau dah cuba sekali memang terangkat nak lagi.

I dulu kerja company 99% chinese. Di Midvalley ada jual halal pan mee dan memang sangat-sangat suka. Biasanya tambah sambal belacan banyak-banyak. I suka makan untuk breakfast. Patut pun dulu kurus dan patut pun amoi-amoi ramai kurus hahaha

Once dah berhenti I memang sangat mengidam nak makan lagi. Tapi nampak gaya memang nak kena buat sendiri.

Base dia sama je base sup chinese style. So resipi ni anda boleh pakai untuk buat acara steamboat sendiri di rumah. Ini pun saya belajar dari kawan chinese. Tapi sebab kita muslim kita pakai lah daging yang halal hehehe

Biasanya saya suka buat dengan tulang2 ayam – kaki ayam dan rangka ayam.

Dan saya suka baaaanyak ikan bilis. Biasanya just beli ikan beli yang 100gram RM2.80 (jenis besar) bersihkan dan rendam

Pan Mee Resipi (Hidangan 4)

Bahagian 1 – Mi

bahan-bahan:
500 g tepung
2 biji telur besar
1 sudu teh minyak bawang putih (saya pakai minyak zaitun sahaja)
1/2 sudu kecil garam
220 g air, tambah lebih jika perlu

kaedah:
Mulakan mengacau telur dan minyak perlahan sehingga sebati
Ayak tepung ke dalam mangkuk bancuhan besar.
Buat satu kawah kecil di tengah-tengah tepung anda.
Tuangkan bancuhan minyak dan telur anda dan kacau perlahan-lahan tepung sehingga sebati dan rapuh
Tambah air secara beransur-ansur dan terus menguli doh sehingga ia licin dan kenyal teksturnya.
Saya mengambil masa lebih daripada 20 minit biasanya.
Boleh sahaja menggunakan pengadun jika anda mahu
Biarkan doh rehat selama 1 jam. Tutup dengan kain lembap atau dengan cling foil.
Setelah siap, hiris doh sebesar 1cm
Terap dengan menggunakan pembuat pasta secara beransur-ansur dari size 1 hingga 5.
Jika anda tidak mempunyai pembuat pasta, gelek sehingga menjadi lembaran setebal 2mm.
Tabur sedikit tepung kepada kepingan jika mahu (macam buat pasta juga lah)

Bahagian 2 – Sup
bahan:
1/2 kg tulang ayam (2 ekor rangka ayam dan RM1 kaki ayam pun boleh)
300g ikan bilis / ikan bilis
5 biji bawang putih, di ketuk
3 liter air

Kaedah:
Cuci rangka ayam dan kaki ayam dengan sedikit tepung gandum untuk hilangkan hanyir dan bilas bersih. Ketepikan
Cuci dan keringkan ikan bilis. Menggunakan kuali non-stick, goreng ikan bilis sehingga perang dan wangi.
Gunakan 200gram sahaja manakala 100gram lagi ketepikan
Masukkan tulang-tulang ayam tadi, ikan bilis goreng dan bawang ke dalam periuk yang dalam.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tambah air dan rebus selama sekurang-kurangnya 2 jam.

Bahagian 3 – Lain-lain bahan:
10 biji cendawan shitake, dihiris nipis
Sayur-sayuran (daun manis)
Ikan bilis goreng
Sambal belacan

Kaedah menghidangkan:
Adalah bagus jika anda ada senduk seperti tapis sebegini untuk celur mee

Boleh celur dalam sup yang kita buat tadi sampai mee masak
Tuang mee ke dalam mangkuk.
Tuangkan sup
Selepas itu celur pula cendawan dan sayur pucuk manis
Tuang perlahan ke atas mee tadi bahan-bahan ini
Taburkan sejemput ikan bilis goreng
Hidangkan dengan sambal belacan

Menariknya di restoran masyarakat cina ada yang menghidangkan pan mee 3 warna atau bermacam warna.
Mungkin lain kali ketika membancuh pan mee, selain menggunakan air boleh tambah jus buah naga, jus pekat carrot, bit, labu atau kobis ungu.

Selamat Mencuba!