Now is not the time to be a fuss pot young lady

20130921-145343.jpgAnak tantrum memang boleh spoil banyak benda. Spoil mood. Spoil selera. Spoil kesabaran.

Itu kalau anak normal. Kalau memang anak ada sensory issues sebab dia Asperger, lagilah I tak boleh nak cakap apa. Cukup 4 tahun tengok dia berenang atas lantai porch rumah sebab nak ikut my parents balik kampung.

Is that really BAD PARENTING?

Ha ye kan. Dulu masa SEBELUM ada anak ASPIE tengok anak orang lain macam itu mesti dah cepat-cepat dalam otak label – PARENTING GONE WRONG. Salah siapa? Takde salah siapa. Kurang pendedahan. Kurang pengalaman. Jadi kalau sekarang ada orang cakap atau anggap I macam tu pun I just maafkan. Sebab dia tak tahu, why should I be mad? Naive macam I dulu…

Even now pun kalau orang tanya – apa benda tu ASPIE? ASPERGER? Mesti sah sah korang ingat Shahrukh Khan kan kan kan?

Sorry…takde enter frame lagu mendayu Kuch Kuch Hota Hei eh. Sebab there is soooooooo much more of the Autism Spectrum Asperger daripada apa yang korang tengok from I am Khan tu. Lucky for us, its only mild. Tapi mild mild anak I ni pun, kalau dah datang “sensory issue” dia – memang mencabar IMAN sampai langit ke 7

Eh…bukan Allah SWT memang berfirman ke kita memang kena sabar dengan anak ? *kuis kuis kaki kat lantai

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kalian mengkhianati Allah dan Rasul, dan jangan kalian mengkhianati amanat-amanat kalian, sedang kalian mengetahui. Ketahuilah bahwa harta kalian dan anak-anak kalian adalah ujian. Dan di sisi Allah ada pahala yang besar”. (QS. Al-Anfal: 27-28)

Lagi mahu dibilangin gimana lagi donk?

Ye. Nampak senang. Orang yang hadapi je tahu betapa BANYAKNYE silap dulu bila bercakap pasal kesabaran ini. Apatah lagi, I is from family jenis mak selalu cakap “buckle up, dont be a fusspot” – dalam maksud melayunya “jangan mengada-ngada”
Wah sekali mak jegelkan mata, terus semua tak jadi merajuk.
Tapi dengan A’aesyah mana boleh macam tu. Dia ada sensory issue. Bila dia tak faham, owh bergegar la semua dalam dunia ni dengan tantrum dia.

20130921-145358.jpg Anak syurga. Korang pun sendiri tahu betapa susahnya nak dapat syurga. Inikan pulak menjaga anak syurga. Jadi kena terimalah hakikat tu yang life will never be the same. Nak struggle ke, nak give up? Ada juga parents yang masih salahkan diri sendiri atau spouse bila jadi macam ini. Eh? Anak tu bukan hakmilik kita secara hakiki tau. Dalam perut lagi dia dah kenal Allah swt. Anak di PINJAM kan kejap je. Cara bagaimana Allah swt nak pinjamkan pada kita, adalah ukuran apa yang Dia rasa kita mampu hadapi. Tapi macamana kita nak tahu full potential kita kalau kita awal-awal lagi dah GIVE UP.

I is mengaku, ramai kawan anak-anak syurga spouse mereka bila partner kata nak pergi check anak, terus melenting. For what? Nak harap kesempurnaan? Mana ada yang sempurna dalam life ni. Allah SWT sahaja yang sempurna.

So apa kaitannya gambar makan kat atas tu?

I is nak cerita la ni. Hari ini hubby ada con-call (conference call) dan secara tiba-tiba padahal dah janji nak bawa diaorang keluar for breakfast. A’aesyah apa lagi, sebab dah janji, tantrum dah start membara. I cuba alihkan perhatian dia. Anak Aspies ni satu – YOU CANNOT MAKE GENERAL REMARKS. Kalau nak bagitau dia bila akan keluar, kita kena cakap – tengok jam pukul 10 nanti. Tak boleh cakap – Nanti kita keluar.

Nanti?
Apa Nanti?
Bila Nanti?
Pukul berapa Nanti tu?
Nanti tu hari ni ke esok?

Haaaaaaaaaaa – ambek.

Kena tepat. Sebab mereka ada masalah memahami konsep abstract macam ini. Bila tak faham, they will use tantrum to show their frustration sebab mereka tak dapat jawapan yang mereka nak

Al kisah sampai di kedai makan, I ambikkan nasi goreng dengan telur.
Bila hidangkan kat dia, dia cakap tak nak telur nak ayam.

Sebab it was just breakfast I was thinking nanti tak habis membazir.
OOOOOOOOOOOOH MY PERANG DUNIA MELETUS
Terus tolak pinggan dan announce – SYASYA TAK NAK MAKAN

So you know what I did?
Buat tak tahu.
Hubby pun perasan and dia diam
Tapi menahan kesabaran tu Ya Allah….boleh tumbang 100 pokok pisang kat kebun Abah I kat kampung tu

Sabar….Sabar….Sabar…

So, akhirnya hubby ambil pinggan dia dan makan.
A’amelia kebetulan makan sikit je. OK lah – masakan kedai, mana sedap >.<

Slowly after 20 minits of SULKING dia ambil pinggan A’amelia perlahan-lahan dan…
apa tau….
APA LAGI. Makan.

Slowly minta telur from my plate.

At that moment I rasa sangat kerdil dan nak ngangis.
“…..Ketahuilah bahwa harta kalian dan anak-anak kalian adalah ujian. Dan di sisi Allah ada pahala yang besar”

Nasi pun habis. Senyum pun meleret ke telinga. Apa kejadian merajuk, tantrum, misbehaving tadi was gone as fast as it came.

20130921-145414.jpg

What Parents Need to Know About Sensory Processing and SPD

Sensitive observation is a central element of infant expert Magda Gerber’s RIE philosophy. When we practice the RIE principles and are present for our child, our sensitive observation often enables us to better understand what is going on for them, and parenting is extremely rewarding both for child and parent.

However, even in a perfect world where we are completely present and available for our child, there will be moments when we simply don’t understand why they are behaving or reacting a certain way. If these moments become more frequent, then we may find ourselves putting a label on our child’s behaviour. – read more here “Recognizing Sensory Processing Disorders (SPD): Guest Post by Jonathan Evans